Sunday, December 31, 2023

Wahdatul Wujud

 [PENEMUAN MANUSKRIP TERAWAL MENYINGKAP POLEMIK TASAWUF WUJUDIYYAH DI ALAM MELAYU PASCA SULTAN ALAUDDIN MANSUR SYAH, SULTAN ACEH DARUSSALAM (990 H/1582M)]




“al-Sayf al-Qāthi’ al-Maslūl ‘ala man Yunsab li Maulānā Jalla wa ‘Azza ma Taradduhu al-‘Uqūl wa al-Nuqūl menjawab seputar tasawuf wujudiyyah berkait perbahasan ‘ayan thabitah (990 H/1582M).


Ini merupakan halaman manuskrip nadir berjudul al-Sayf al-Qāthi’ al-Maslūk ‘ala man Yunsab li Maulānā Jalla wa ‘Azza ma Taradduduhu al-‘Uqūl wa al-Nuqūl karya Shaykh Abu Khair bin Shaykh Ibn Hajar yang datang dari Mekah ke Aceh Darussalam sekitar tahun (990 H/1582M).


Manuskrip ini antara manuskrip nadir nan langka yang jarang disebut oleh peneliti dan pengkaji malah Prof. Azyumardi Azra tidak menemukan manuskrip ini ketika menulis kajian Ph.D beliau di dalam buku Jaringan Ulama. Malah manuskrip ini hanya disebutkan Shaykh Nuruddin al-Raniri di dalam Bustan al-Salatin sebagaimana berikut:


“Kalakian maka pada Hijrah sembilan ratus sembilan puluh tahun datang dua orang pendeta dari Makkah, seorang bernama Syeikh Abu Khair bin Syeikh Ibnu Hajar. Ialah yang mengarang kitab yang bernama al-Sayf al-Qāthi’ pada perkataan a'yan thabitah dan mengajarkan ilmu fikah dalam negeri Aceh Darussalam. Kedua Syeikh Muhammad Yamani ialah yang sangat tahu pada ilmu usul. Maka kedua syeikh itu pun berbahas akan masalah a'yan thabitah. Maka terhentilah bahas itu, seorang pun tiada dapat memutuskan dia. Hatta maka kedua syeikh itu pun belayarlah”


Saya menemukan manuskrip ini dalam himpunan manuskrip tasawuf milik Tok Shaykh Duyung (Abdullah Bin Muhammad Amin). Manuskrip al-Sayf al-Qāthi’ ini berada dalam himpunan 1 bundel manuskrip yang menghimpunkan banyak judul tasawuf di dalamnya milik Tok Shaykh Duyung. 


Walaupun manuskrip ini tidak dinyatakan nama pengarang namun dapat dikenal pasti pengarangnya adalah Syeikh Abu Khair bin Syeikh Ibnu Hajar sebagaimana yang dinyatakan oleh Shaykh Nuruddin al-Raniri di dalam Bustan al-Salatin malah dikuatkan lagi dengan hadirnya seorang yang berasal daripada Yaman yang dikenali sebagai al-Yamani.


Pada halaman pertama manuskrip tertulis bahawa Syeikh Abu Khair bin Syeikh Ibnu Hajar masuk ke Bandar Aceh pada tahun 990 H / 1582 M sebagaimana berikut:


فاني لما دخلت بندر اشي حرسه الله من البدع والاهوي وقوي فيه الدين والتقوي عام تسعين وتسعاية من هجرة النبويه


“Maka sesungguhnya tatkala saya memasuki bandar Acheh (semoga Allah memeliharanya daripada perbuatan bid’ah dan hawa nafsu serta dikuatkan padanya agama dan takwa) pada tahun 990 hijrah Nabawiyah”


Apabila melihat pada tahun tersebut, ia berada pada pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah yang merupakan Sultan Aceh yang ke-8 yang memegang takhta pemerintahan pada 1577-1589. Sultan Alauddin Mansur Syah merupakan dari darah keturunan susur galur kesultanan negeri Perak dan baginda Sultan Alauddin merupakan putera kepada Sultan Mansur Shah I (Sultan Perak ke 2) yang memerintah negeri Perak sejak tahun 1549 sehingga tahun 1577.


Penulis memulakan topik yang ingin dibicarakan sebagaimana berikut:


عن معلومات الله تعالى باعتبار قيامها بذاته هل هي محدثه ام قديمة


“Berkenaan (maklumat) ilmu-ilmu Allah Taala dengan dii’tibarkan ia berdiri dengan zatnya sendiri, adakah ia (ilmu-ilmu Allah Taala) itu baharu atau qadim?”


Perbahasan ini berkait dengan isu seputar tasawuf wujudiyah (irfan nazari) berkenaan A’yan Thabitah yang dipelopori oleh Ibn Arabi dan al-Jili.


Polemik dan perbahasan ini berlaku di dalam majlis Qadhi al-Qudhat al-Malik al-Adil yang mana ketika itu adanya seorang lelaki daripada Yaman yang dikenali sebagai al-Yamani telah mencetuskan ketegangan berkenaan isu A’yan Thabitah sehingga berakhir majlis tersebut maka timbullah huru-hara polemik ini dan juga penentangan terhadap al-Yamani di Bandar Aceh. 


Oleh yang demikian, disebabkan polemik ini berpanjangan hingga menyebabkan kerosakan akidah orang ramai, Syeikh Abu Khair berasa bimbang lalu menulis karya ini al-Sayf al-Qāthi’ setelah melakukan istikharah sebagaimana berikut:


فاستخرت الله وجعلت هذه الرسالة  في بيان ذلك الكلام و تاييده باقاويل الايمة الاعلام وسميتها السيف القاطع المسلول على من ينسب لمولانا جل وعز ماترده العقول والنقول


“Lalu, saya melakukan istikharah kepada Allah dan saya jadikan risalah ini sebagai penjelas kepada ungkapan-ungkapan tersebut dan ia dikuatkan dengan pendapat para aimmah terkemuka dan saya namakan ia sebagai al-Sayf al-Qathi’ al-Masluk ‘ala man Yunsab li Mawlana Jalla wa ‘Azza ma Taradduduhu al-‘Uqul wa al-Nuqul”


Penemuan manuskrip ini membuka dimensi baru terhadap isu dan polemik wujudiyah yang berlaku di Aceh. Menarik untuk kajian lanjut dilakukan.


Pertanyaan menarik yang menjadi persoalan, siapakah Qadhi al-Qudhat al-Malik al-Adil yang berada dalam majlis tersebut? Apabila melihat tarikh tersebut iaitu pada tahun 990 H / 1582 M ialah pada pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah Ibni Almarhum Sultan Mansur Syah I. 


Perbincangan saya bersama ustadz Luengputu Manuskrip Aceh, kemungkinan Qadhi al-Qudhat al-Malik al-Adil pada ketika itu ialah Syeikh Muhammad berdasarkan sifat-sifat Qadhi al-Qudhat yang ditulis di manuskrip ini sama dengan salah satu Batu Nisan Aceh pada penghujung abad ke-16 Masihi berdasarkan ilmu tipologi. Walau bagaimanapun perlu kepada penelitian lanjut.


Terima kasih juga buat ustaz M.A. Fitri yang banyak membantu dan bersama-sama mengoreksi manuskrip ini. 


Muhammad Akmal R. Azmi

30 Disember 2022

Friday, December 8, 2023

Hukum Merokok dan Merokok Saat Menuntut Ilmu Serta Saat Di Dalam Mesjid



Dalam himpunan fatwanya, Syekh Ismail al-Zain mengatakan:


إن شرب الدخان من حيث هو مكروه عند الشافعية وبعض العلماء وحرام عند آخرين لكونه من الأشياء ذوات الروائح الخبيثة وأما إذا كان في 

إن شرب الدخان من حيث هو مكروه عند الشافعية وبعض العلماء وحرام عند آخرين لكونه من الأشياء ذوات الروائح الخبيثة وأما إذا كان في المسجد أو مجالس العلم فهو حرام لما فيه من انتهاك حرمة المكان برائحة الخبيثة والله سبحانه وتعالى أمر بتعظيمه


“Sesungguhnya menghisap rokok hukum makruh menurut ulama Syafi’iyyah dan sebagian ulama, dan haram menurut ulama lain, karena termasuk perkara yang beraroma tidak sedap. Adapun bila di lakukan di masjid atau majlis ilmu, maka haram. Karena merusak kehormatan tempat dengan aroma yang tidak sedap. Dan Allah memerintahkan untuk mengagungkan tempat tersebut.” 

(Syekh Isma’il al-Zain, Qurrah al-‘Ain, hal. 188)


ونقل ابن عابدين عن الطحطاوي: إن الدخان ملحق بالبصل والثوم في هذا الحكم. وقال الشيخ عليش المالكي: لا شك في تحريم شرب الدخان في المساجد والمحافل لأن له رائحة كريهة… في الشرواني على تحفة المحتاج: يمنع من دخول المسجد ذو الرائحة الكريهة، كآكل البصل والثوم، ومنه ريح الدخان المشهور الآن


“Ibnu Abidin menukil dari Imam Atthahawi, dia mengatakan bahwa rokok disamakan dengan bawang merah dan bawang putih dalam hukum ini. Syekh ‘Ulaisy Almaliki berkata, ‘Tidak diragukan lagi mengenai keharaman merokok di dalam masjid dan tempat-tempat keramaian, karena ia menimbulkan bau yang tidak disukai…Syaikh Asy-Syarwani dalam kitab Hasyiyah Tuhfatul Muhtaj mengatakan, ‘Orang yang memiliki bau tak sedap dilarang masuk ke dalam masjid, seperti orang yang makan bawang merah dan bawang putih, termasuk juga bau rokok yang dikenal saat ini.”